Followers

Tuesday, January 11, 2011

Spagethi utk iman..

Alhamdullilah..iman dah kuar spital.. pastu siap request kat aku nak makan spagethi yang aku masak.. so dengan penuh kasih dan sayang.. aku masakkan spagethi tu untuk iman.. bukan main berselera dia makan.. so pagi ni aku tapaukan dalam tupperware untuk dia bawa kerumah mak aku.. hari ni aku x kasi dia gi sekolah lagi.. memandangkan keadaan kesihatan yang baru nak pulih.. dan spagethi ni juga adalah masakan aku yang pertama pada tahun 2011.. memang jarang memasak.. azam tahun ni.. aku nak masak sekerap yang boleh.. pasal.. iman lagi berselera dengan masakan aku..wahh..heheheh... bukan nak memuji diri.. tapi itu lah kenyataannya.. bila iman makan.. dia mesti cakap "sedap mama masak" aduhh terharunya...

nyum..nyum...

Sunday, January 9, 2011

iman admitted!

keletihan.. kemengantukkan... adoii...sakit badan2 aku ni dh.. semuanya gara2 iman yg kena admit kat spital dr hari sabtu lepas.. dia kena food poisioning.. kesian dia.. sampai jd lembik dh asyik muntah2.. emm.. so.. aku terpaksa la berkorban menjaga dia kat spital... sebabnya dia x leh nk berenggang dengan aku.. ye la mak la katakan..wahhh!! update blog ni pun dari hospital.. nasib la Adventist hospital penang ni ada wifi..syokk la dok berinternet je.. takde la boring sangat.. actually.. aku and iman berharap yang dia dapat discharge hari ni.. tapi nampaknya harapan tinggal harapan je.. coz... dia demam plak..sabar je la.. sabarrrr... "senyum x perlu kata apa2" (versi malique and najwa) hehehehe... so korang jaga lah kesihatan baik2 ye..huhuhuhu
Kesian dia.. nak pegi main kat playroom pun x leh sebab tangan kena drip..
Happy bila cousin dia datang melawat... sampai x mau balik plak hadi..hehehehe

Friday, January 7, 2011

Score A!! Score RM!!

Musim persekolahan dah bermula.. semua budak-budak sekolah dengan azam yg baru dan bersemangat.. tambahan pula bagi yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR & SPM.. lebih la bersemangat kan.. zaman skrg ni aku tengok semua budak-budak pandai2 belaka.. setiap rumah ada PC.. ada laptop bagi setiap anak.. advanced dah.. tak macam aku dulu sekolah.. nak pegang PC sendiri pun x mampu mak bapak nak beli.. mahal oii.. kalau masuk kelas komputer merasa la dapat pegang komputer.. dulu-dulu ulangkaji nak kena beli buku latih tubi berbuku2 la kena buat.. pastu mak bapak kena la semak sendiri.. sekarang dh moden.. dengan hanya melanggan Score A program.. semuanya jadi mudah.. kalau x caya.. pegi la tgk kat web ni http://www.scorea.com.my korang klik kat online Demo pastu masukkan password 82828 memang mudah.. budak2 pun seronok nak ulangkaji pelajaran.. banyak gak kebaikan Score A ni.. meliputi 100% silibus terkini kementerian pendidikan malaysia, pastu lak mengandungi lebih dari 500,000 bank soalan yang berkualiti dan sentiasa dikemaskini dan digubal oleh guru-guru pakar mata pelajaran dan pengubal kertas soalan sebenar. memang sangat-sangat bagus.. kalau korang x percaya korang boleh pegi kat web ni http://bisnesjaya.com/ semua detail tentang program ni ada disini.. anak-anak boleh score A.. ibubapa boleh buat side income.. x caya?? percayalah.. kerana aku walaupun anak x sekolah lagi.. tapi aku dh pun score RM.

Untuk keterangan lanjut boleh je email kat aku

Tuesday, January 4, 2011

Thanks

Sedar tak sedar dh 31 orang dh my follower.. thanks to all.. terharu jugak.. ada gak ye orang yg membaca blog aku yg tak seberapa ni.. mula la semangat nk menulis semakin berkobar-kobar ni..hehehhehe.. Actually aku dh pun start keje dh 3 hari.. memang keadaan tidak mengizinkan aku untuk mengupdate blog ni.. busy sebusynya.. banyak benda nak kena settle.. banyak benda yang nk kea siapkan.. pastu mak aku plak kena admit kat spital..aduhhh.. risau la sangat2.. harap semua dapat mendoakan mak aku semoga cepat sembuh ye..huhuhuhu...sob..sob..sob... sedih..uwaaaa...

Monday, December 27, 2010

busy..

Adoii... sorry la lama tak update blog.. busy berholiday lagi.. belum pulang ke malaysia.. masih di negara kangaroo.. sini cuaca tak elok.. hari-hari hujan je.. tp.. apa yg dirancang berjalan lancar.. hari pertama.. turun2 flight je dah pi mengshoppingkan diri di Harbour tower.. abis la AUS800.. satu tabiat yg aku dgn hubby aku x boleh kikis buang..hahahahha... shopping.. the best medicine for stress..gheee... pastu second day kami merantau naik train ke brisbane city.. shopping lagi... third day.. brisbane city lagi naik citycat.. citycat ni kapal.. yg bawa pusing2 kat brisbane river.. best la jugak.. tp x leh la lawan dgn shopping kan... hehehehe.. pastu krismas day.. byk kedai2 tutup.. so.. kami melepak la kat rumah je.. sambil2 aunty aku buat makan2 skit.. panggil sedara mara yg ada kt sini.. lepas hari krismas.. kami ke movie world... best sgt.. walaupun hujan kan.. hari ni.. kami ke sea world.. hujan selebat2nya.. tp apa nk buat.. kena la berbasah2han.. sebab tak mau rugi walaupun sehari.. ye la.. datang pun 10 hari je.. 2 hari dh buang masa dlm flight... so.. esok.. kami akan ke surfers paradise.. shopppiinnggg lagi!!! yeayyy!!

P/S: gambar2 akan diupload selepas pulang ke tanah air.. sebab aku x bawa cabel camera..huhuhuh..

Anyway Happy Holiday to All!!

Sunday, December 12, 2010

Cuti Sekolah..

Hari ni iman dh mula bercuti.. sekolah tadika iman actually x ikut sepenuhnya macam cuti sekolah yang biasa.. hari ni baru lah dia start bercuti.. so.. bila dia dh bercuti.. aku still keje.. kesian pulak kat dia.. so..aku and hubby dh merancang next week untuk pegi bercuti ke Australia selama 10 hari.. minggu ni terpaksalah menyiapkan apa-apa yang patut sebelum bercuti. Bila dh comfirm untuk ke sana.. mulalah hati ni dok x sabar2 pulak nk bercuti... adoii.. dok menghitung hari la ni...heheheh.. So.. untuk korang semua Selamat Bercuti ye!!

Wednesday, December 8, 2010

Perkahwinan Cousin Hubby @ KL

Minggu lepas aku and family bercuti sambil menghadiri kenduri kawin cousin hubby aku sebelah pompuan kat ampang KL.. Hari jumaat kami dh bertolak ke sana. Majlis pernikahan pada hari sabtu dan majlis persandingan pada hari ahad.. penat jugak la walaupun hanya menghadirkan diri kan.. so.. tgk2 la pic2 yg kt bawah ni.. byk juga pic yg aku snap.. tp oleh kerana kemalasan untuk menguploadkan semua.. tinggal je 5 keping k.. hehehehhe

Time nk pegang tangan tok kadi la yg paling gementar kan..

Alhamdullilah...selamat sudah...


Majlis perkahwinan sebelah pihak pompuan memilih untuk berpakaian minang..sebab diorang mmg org minang pun.. minang kawin dgn mamak..hahahahha


Iman pun x mau melepaskan peluang bergambar dgn pengantin..
Nk ckp anak..mak pun sama.. bila lagi kan nk pegang bunga tangan..walaupun zamanku dh berlalu...huhuhuhu
Anyway.. SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK PENGANTIN.. SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KEAKHIR HAYAT.. AMIN!!